Friday, 26 July 2013

#HILANGNYA SEBUTIR PERMATA#

#hilangnya sebutir permata#

Gan Ee Ka nama diberi
Kami senang memanggilnya Mr Gan,
Orangnya segak, hebat sehebat namanya,
Subjek Matematik menjadi kepakarannya
P&P beliau penuh ketegasan,
Dan juga unsur kecindan
Pabila beliau mula serius
Yang lain pasti diam membatu
Saat beliau mula berjenaka
Tidak kering gusi kami dibuatnya

Pelbagai memori indah tercipta bersama,
Sepanjang 3 semester kami bersama
Kini beliau sudah bersara,
Satu khabar yg menduka kan kami
Hilangnya sebutir permata,
Mana mungkin kami mencari ganti.

Mr Gan,
Segala ilmu dan jasa yang kau curahkan,tidak mungkin kami mmpu membalasnya
Hanya kejayaan kami bergelar seorang guru yang cemerlang di masa hadapan sahaja mampu kami berikan
Mr. Gan
Walaupun kini kita tidak bersua muka,
Walaupun kini dirimu tidak lagi mengajar kami,
Namun, ketahuilah, nama mu,ajaran mu,gelak tawa mu,  sentiasa terpahat dalam ingatan kami.
Dirimu masih seorang pensyarah yang kami kagumi. Seorang guru yang kami sayangi.
Kami hanya mampu titipkan doa agak dirimu sentiasa sihat dan ceria tidak kira apa yang  dilakukan ketika  ini.
Selamat bersara Mr. Gan.!
Kami pasti merindui mu…………………….. =’)



Wednesday, 24 July 2013

Assalamualaikum w.b.t.. :)

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, kita masih bernafas dan masih bersama setelah 2 tahun berada di bumi IPG yang indah dan penuh peraturan ini.. Sedar-sedar sudah masuk sem ke 2 untuk PISMP.. syukran.. kita ni umpama keluarga yang bhgia.. elakkan persengketaan antara kita ok.. Ok sekarang ini kita berada dalam bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan al mubarak.. Sedar atau pun x hari ini genap kita berpuasa selama 15 hari dah.. aaaa nak raya dahh.. semua x sabar nk balik kan... ha ha ha..

Ok disini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat bakal hari rayyyyyahhhh.. yaaaaaa kita nk raya dahhh.. Semoga raya tahun ini lebih bermakna kepada kita semua.. Insya-Allah.. ^^

Ok selamat bercuti, hari raya dan bersbe semua... jumpa lepas SBE.. Gambaste shohokuuuu!!! Korewa nanto iimaska!! YOROKONDE ITASHIMASSSS!!


Tuesday, 23 July 2013

najwa latif- SAHABAT

terima kasih kepada MUHAMMAD SHAFIK BIN SAMSUDIN kerana telah menyediakan dan menghasilkan video ini. sangat bermakna pada kita sekeluarga semua. sangat mendalam maksudnya.


segala kenangan sepanjang 2 tahun setengah di maktab...dapat dicoretkan segala kenangan yang terukir dalam memori kita sekeluarga ini. diharapkan ikatan kekeluargaan kita tidak pernah hilang atau padam. biarkan lah ikatan kita ini sentiasa dalam keredhaan Nya dan diberkati ALLAH TAALA.

RAYA OHHHHH RAYA ..!!!



pada tahun lalu, kami ahli keluarga lelaki telah pergi beraya ke rumah rakan2 yang hampir dengan penang nie haa.!! pi rumah jue dan rumah hazwan...tu je la yang sempat..insyaAllah tahun nie banyak sikit romah nye kot...paling best punye, laksa kat rumah jue lah...ade goreng pisang dalam laksa tu...tak penah2 rasa, akhirnya kat rumah jue rasa laksa pisang goreng nie...sedap hingga menjilat periuk laksa ooo.!!!..
palinng best, dapat DUIT RAYA sekali..kudap2 dapat duit isi minyak...haha...lps tu pi rumah hazwan tesl...yang paling 'bengong' nye, semua laki kelas matematik nie kumpul keliling hazwan kat tepi jalan...orang yang lalu lalang kat situ semuanya tgok kitaorang...mcm ade artis je...konon2nya hazwan lah artis tu...haha..kitaorang ingat PENANG nie kita punye lahhh..!!!!
KAT RUMAH HAZWAN MKN LAGI...tp sebenarnya bukan mkn pun...TAPI 'MENTEKEDARAH' ramai2...habis mee kari dua tinga pinggan, tambah lg ngan nasik goreng...semua gemok je balik...haha
lps tu kitaorang jln2 keliling bukit mertajam dan seterusnya balik maktab lah...

teringin sangat nak wat mcm nie ramai2 untuk tahun nie..kalo boleh laki ngan pempuan dpt keluar convoi sesama..

"KONVOI RAYA"