#hilangnya sebutir permata#
Gan Ee Ka nama diberi
Kami senang memanggilnya Mr Gan,
Orangnya segak, hebat sehebat namanya,
Subjek Matematik menjadi kepakarannya
P&P beliau penuh ketegasan,
Dan juga unsur kecindan
Pabila beliau mula serius
Yang lain pasti diam membatu
Saat beliau mula berjenaka
Tidak kering gusi kami dibuatnya
Pelbagai memori indah tercipta bersama,
Sepanjang 3 semester kami bersama
Kini beliau sudah bersara,
Satu khabar yg menduka kan kami
Hilangnya sebutir permata,
Mana mungkin kami mencari ganti.
Mr Gan,
Segala ilmu dan jasa yang kau curahkan,tidak mungkin kami mmpu membalasnya
Hanya kejayaan kami bergelar seorang guru yang cemerlang di masa hadapan sahaja mampu kami berikan
Mr. Gan
Walaupun kini kita tidak bersua muka,
Walaupun kini dirimu tidak lagi mengajar kami,
Namun, ketahuilah, nama mu,ajaran mu,gelak tawa mu, sentiasa terpahat dalam ingatan kami.
Dirimu masih seorang pensyarah yang kami kagumi. Seorang guru yang kami sayangi.
Kami hanya mampu titipkan doa agak dirimu sentiasa sihat dan ceria tidak kira apa yang dilakukan ketika ini.
Selamat bersara Mr. Gan.!
Kami pasti merindui mu…………………….. =’)
smart..tp x tau apa motif spiderman kt tepi tu??hahaha
ReplyDelete