Sunday, 4 August 2013

HILANG LAGI SEORANG PERMATA BERHARGA


nama diberi HARRY A/K TOMBAS
beliau merupakan mentor kami sejak kami menjejakkan kaki dibumi I4P ini.
beliau yang menyambut kami pabila kami mula mendaftar di bumi I4P yang cukup asing ini.
dalam kebingungan dan kepeningan kami untuk survive di bumi I4P yang penuh dengan pancaroba ini, hadirnya beliau untuk membantu kami untuk keluar dari kekusutan tersebut.
beliau sentiasa ada di kala kami senang dan juga susah
di saat kami ingin rebah jatuh menyembah bumi dek diasak oleh pelbagai cabaran, hadirnya beliau untuk menghulurkan tangan membantu kami untuk bangkit semula dan meneruskan perjuangan murni ini,
tiap katanya, setiap ceritanya pasti ada pengajaran dan motivasi yang dapat kami ambil, yang dapat kami gunakan untuk terus survive di IPG ini.
beliau seorang yang pandai melawak, pandai menghiburkan hati kami yang gusar.
sesiapa sahaja yang bermuram durja pasti akan kembali mengukir senyuman tatkala mendengar beliau berceloteh.
beliau adaah seorang pensyarah.seorang mentor.seorang ikon. dan juga seorang bapa yang penyayang bagi kami.
kami berasa bahawa kami adalah pelajar yang paling bertuah apabila mendapat mentor seperti beliau.

namun, kini, kami akan merasai satu kehilangan yang amat besar. satu kehilangan yang akan memberi satu impak yang besar dalam kehidupan kami.
Mr Harry Tombas, mentor kami, akan bertukar ke IPG lain di Sarawak. beliau akan kembali bertugas menabur bakti di tempat asal beliau.
satu berita yang cukup mengejutkan kami semua. satu berita yang mendukacitakan.
kami semua merasakan bahawa seolah-seolah kehilangan seorang bapa yang cukup penyayang dan bertanggungjawab.cukup menyayat hati.
tetapi apakan daya. kami tidak mampu membuat apa-apa. hanya mampu menitipkan doa dan harapan agar mentor kami sentiasa mengingati kami di mana sahaja beliau berada.
kerana kami pasti tidak akan melupakan beliau. meskipun masing-masing sudah bergelar seorang guru.

mr Harry,
kami berjanji akan menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa hadapan.
kami berjanji akan membuat sir berasa bangga kerana mempunyi mentee seperti kami.

mr Harry,
maafkan kami andaikata sepanjang kita bersama terdapat salah dan silap, terkasar bahasa mahupun apa-apa sahaja yang membuar sir terasa hati. Sir ibarat seperti seorang ayah kepada kami yang tanpa jemu untuk melayan kerenah kami semua dan sedia mendenger segala masalah yang dihadapi oleh setiap daripada kami.

mr Harry,
Sir sangat istimewa pada kami semua. andainya sir pergi, layunya kami disini.
satu perpisahan yang perit untuk kami lalui.

 khas buatmu sir Harry..


Sir MENTOR TERBAIK kami selalu..!!!



~PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG OWSEM~

Jika sebuah negara diketuai oleh seorang Perdana Menteri,
                                      maka
kelas kami pula dikepalai oleh ketua kelas dan dibantu oleh barisan kepimpinan yang hebat-hebat semuanya....
msg2 dgn cara kepimpinan msg2..yeahh..!

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi PPISMP Semester 1
MUHAMMAD IKRAM

NUR FARHAH



Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi PPISMP Semester 2


ISMA DANIAL

NUR ZAHIRAH

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi PPISMP Semester 3

AHMAD SYAZWAN

SUHADAH

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi PISMP Semester 1

MUHAMMAD HAFIZ

NURUL AIN


Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi PISMP Semester 2

A. FAIZ

NURUL ATIKAH SYAHIRAH
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi PISMP Semester 3


MOHD NOR AKRAM





SITI NUR AMALINA

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi PISMP Semester 4

MUHAMMAD ABDUL HADI




NURUL SHUHAIDAH

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi PISMP Semester 5



MUHAMMAD SAFWAN




NUR AMALINA


Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi PISMP Semester 6


MOHD AMIROL (ADMIN)