Sunday 23 February 2014

~SELOKA KELAS KITA

SELOKA KELAS KITA

Asalnya datang negeri Hang Tuah,
Badannya kecik, berjiwa gagah,
Bertanding lari tak mudah kalah,
Farah Alwani nama diberi.

Orangnya sopan, ore klate,
Nama nak sama seakan-akan,
Siti(city) dan Kg Mr Gan bezakan,
Lina dan Na si gadis pingitan.

Orangnya tinggi kurus melidi,
Bila wat lawak, pasti menjadi,
Sape tak kenal, si Kodiang sejati,
Tentulah Akram penghibur kelas.

Diam dan rajin pandangan orang,
Di dalam kelas umpama abang,
Sekali bersuara akalnya panjang,
Shahide bukan calang-calang orangnya.
  
Specky dia, si braces pun dia,
Kejenya mesti nak tepat masa,
Kadang serius, kadang gile2,
Ahmad Azri empunya nama.

Bila present macam jual ubat,
Dahulunya kurus, sekarang tidak lagi,
Suka buat lawak tidak kira tempat,
Hafiz! Bila nak kurus ni haa..

Orangnya tinggi, ore Klate,
Sangat bijak dan tak malas,
Hey, mu jangan wat style...
Itulah Ami si technician kelas.

Suaranya lantang tetap pendirian
Orangnya periang penceria kelas,
No 1 kalau bab makanan,
Farhah..jangan malas.!! :p

Orangnya kecil fikiran matang,
Penjual perfume di dalam IPG,
Sebut je nama komfirm orang kenal,
Atiqah Ilyani empunya diri.

Duduk di Johor, lahir di Tapah,
Orangnya semangat bila berkata-kata,
Time bawak moto, tediaa lajunyaaa
Syazwan..! Chill lor...

Badannya kecil, harapan Maackia,
Kekadang gile, kekadang tegas.
Bila bercakap beria-ria
Kalau nak tau, dia lar Fara.

Si gadis cantik berkulit putih,
Takut kucing, tidak pada anjing
Bila berkawan orangnya ramah
Siapa lagi kalau bukan Odah.

Penggemar tegar si kucing comel,
Orangnya kecil berbadan kurus,
Sudah berpunya, bakal diijab
Jujue, bila walimatul urus?

Tinggal menetap di nogori 9,
Sebut ja nama, tiada yang lain
Bersembang ngn dia pasti tidak bosan,
Itulah Hema, tiada yang lain .

P rumah dia time raya,
Laksa mak dia, sedap bak hang,
Rumah dekat balik ja memanjang
Bawak lar utk kami sikit,Ira.

Peminat k-pop tidak kira siapa,
Artis k-pop, pasti dia kenal,
Blajaq di penang, menetap di Putrajaya,
Aqilah, itulah nama dipanggil.

Orangnya diam agak pemalu,
Suara emas di dalam kelas,
Bab blaja memang taley challenge,
Itulah Ain, orangnya tegas.

Orang tua, perasan muda,
Perangainya gila, pembuli pun dia,
Bila serius, tegas giloss
Itulah Su, K.Long kita.

Bila sebut perkataan, slalu salah,
Tinggi lampai pujaan ramai,
Bila bab makan, xpenah kalah,
Dia lah Elyani, si gangster rambai.

Tiada yang lain, dia je seorang
Tak banyak cakap tp periang
Tempat tinggalnya menjadi panggilan,
Atikah Tong pemilik gelaran.

Tanya bab senior, semua dia taw
Kekadang bising, kekadang pendiam,
Itulah perangai si anak tunggal,
Sapa yang tak kenal, itulah Ikram.

Orangnya rajen cukup teliti,
Suka bergurau tampak pendiam
Di dalam kelas, fokus tak henti,
Orangnya bagus, itulah Safwan.

Dia kreatif, dia berbakat,
Berjiwa seni, pandai menari,
Nampak pendiam tp ramah,
Thats shafik penambah seri.

Orangnya sempoi, simple sahaja,
Tolong orang pun no hal punya,
Bila mengarut,serah pada dia,
Faiz, hg klako gak yee...

Macam serius macam kelako,
Orang grik bukan greek,
Badannya tough, pemain bola,
Siapa lagi kalau bukan Hadi.

Orangnya diam, tapi gilanya ada,
Dalam seriusnya ada juga humor,
Bab agama serah padanya,
Pak ustaz kami, itulah Raja.

Orangnya putih supo cino,
Pandai berbicara segak orangnya
Kalut dan dia tiada pisahnya,
Isma Danial nama diberi.

Orangnya tampan sungguh bergaya,
Photoshop grafik itu mainannya,
Hebat bersukan, hebat akademiknya,
Haziq Haneef empunya ciri.

Nampak rilek Nampak biasa,
Mula gelak tiada putusnya,
Kayu hoki peneman setia,
Siapa dia, itulah Ízzati.

Itulah warga kelas kami,
pelbagai ragam, cara dan gaya,
suka duka harungi bersama,
semoga ukhwah ini kekal selamanya.



Saturday 22 February 2014

TAHNIAHH! CONGRATS!

tahniah diucapkannnnnnnnnn kpd sahabat-sahabat yang menjadi JPPiaq bagi sesi 2014/2015......
semoga dpt menjalankan tugas dengan baik.
ingat..
perkara yang paling berat di dunia adalah AMANAH.. =)
PENGERUSI BIRO TEKNOLOGI, MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PENGERUSI BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN

NAIB PENGERUSI BIRO KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN

PENGERUSI BIRO KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN

NAIB PENGERUSI BIRO HELWANI

PENGERUSI BIRO HELWANI

NAIB YANG DIPERTUA 2

NAIB YANG DIPERTUA 1

YANG DIPERTUA

YDPIAQ hat2cheh ketua pengawas