Saturday, 20 December 2014

BERSAMA KITA

SAHABAT,
Ketahuilah bahawa
Perjalanan kita masih jauh
Masih jauh meniti laluan kehidupan yang tidak pernah lekang  daripada cabaran, dugaan.
Namun begitu, usah khuatir wahai SAHABAT, duhai TEMAN,
Kerna kita pasti tidak akan menitinya keseorangan tanpa sokongan,tanpa bantuan.
SAHABAT
Sedarilah bahawa
Laluan yg penuh ranjau onak berduri itu tidak dilalui oleh saya atau aku semata-mata 
tetapi 
diharungi oleh kita bersama.
Bak datang ombak ganas menghempas
Bak datang angin kencang meniup rakus
Bak datang gempa gila menggegar
Tanpa gentar akan kita harungi ITU SEMUA sehingga penamatnya.
Kau,
Aku,
 Kita semua.

Pasti akan berjaya hadapinya andai kita bersatu tanpa pecah.

No comments:

Post a Comment